PLKN....erm, bila pikir pasal tempat ni otak duk pikir, macam mane la nak tidur malam2... sebab time tu umur baru 18 tahun dan xpernah tinggal di Asrama.. ok, time ni ada sikit rase takut dan macam-macam benda aq pikir... tp Alhamdulillah since sampai je PLKN ni aq dapat ramai kawan. Kenangan pahit, manis ++ dan tawar sume ad, dan dekat PLKN ni dibahagikan kepada 4 company which is Alpha, Bravo, Delta dan Charlie. Aq beruntung dapat company Charlie sbb aq dapat rasakan team work dalam company ni sgt2 kuat.. cia chia chiaa... hahaha.. Ok, setiap PLkN ni maybe aktiviti dye same je, berkumpul di padang kawad di waktu pagi, senaman pagi, pergi ke Kelas, makan, balik kelas kene pegi buat aktiviti riadah dan di sebelah malam kene ada "ro-call".. so far makanan at sini sume ok and kat sini pun ada kiosk untuk beli maggie, roti, top-up dan sebagainye...FYI, aq dapat PLKN dekat Sungkai Perak. So far, sebenarnya PLKN ni tidak la seteruk mana yang di gembar-gemburkan oleh sesetengah pihak. Bila menyertai PLKN ni secara tdak langsung ajaq diri kita supaya menjadi lebih berani, bertanggungjawab, pandai manage masa, team work, cara nak kawal tekanan, dan macam mana nak respect each other bila duk sekali dalam kalangan berbilang kaum.
Since daripada malam pertama aku duk situ, memang tak boleh tidur..so terpaksa minta tumpang katil member-member lain.. bukan apa, bila duk dekat tempat orang ni, jangan berani sangat dan tak boleh takot sangat... untuk first week ni aku tidur dengan kawan aku... masuk minggu ke-2 dan ke-3 aku dah mula dengar cerita hantu daripada budak dorm lain-lain. ok xpe, aq da mula start berjaga-jaga takut-takut aku pulak yang tersempak dengan jembalang tu..huhuhu.. cukup sebulan aku dekat sane, dah mula dah gangguan tu.. dye da mula tunjukkan diri...disebabkan aq ni ad 3 deria "nampak , lihat dan rasa benda tu" so tiap malam aku nampak benda tu at locker aku.. daripada rambut panjang dye dan lain-lain.. ni pengalaman aq sendiri...ok, waktu tu giliran aku jadi pengawal malam so nak xnk kne la ek jadi pengawal malam tu... cite ni bermula time aku masuk dorm company BRAVO.. Mmg bravo betul la kan kalu aq tengah jalan nampak benda tu duduk dekat atas katil... steadyy je beb .. benda tu .. dekat dorm Delta pun nampak benda yang same.. tp kes ini xseram lagi...ni baru permulaan.
Masalah "gangguan" ini terjadi time malam waktu tu semua orang dah ambik port masing-masing nak tidur.. Malam kali ni aq rasa lain macam sikit.. meremang tu tak payah cakap la...then time aq duk pusing kanan pusing kiri..jenjengjennggg.... Aku nampak rambut beb, panjang tak payah cakap la , betul-betul dekat locker aku... tp tak ape.. konon acah-acah jiwa kental punya pasal, pejam mata buat tak tahu.. Pukul 12 MALAM TEPAT, GANGGUAN ni makin dasyat... GUEST WHATTT.. Benda tu tidur sebelah aku dah.. T_T .. sekatil dengan aku, muka bertemu muka, mata bertemu mata...sumpah tak lawaa... TERKEJUT PUNYA PASAL, aku tolak benda tu dengan tapak tangan kiri aku.. memang rase mengerutu at teksture muka benda tu.... then aku terus bangun dan berlari dalam bilik tu, bilik aq tu jadi panjang semacam... last sekali aq cam katil kawan aq ni si Athirah, aku kejut dye nasib baik dye pun sedar.. last skli malam tu aku tak tidur pun malam tu... mengantuk tu xterkata la.. kepala pun berat je.. then pagi tu aku call abah aku, cite ap yang jadi... pak lang aku suruh amalan bacaan pendinding dan ayat kursi.... Ok benda ni stop ganggu aku dalam a few weeks.
Dua minggu sebelum habis tempoh menjadi pelatih di PLKN, benda ni buat final attack dekat aku... ni kire malam kemuncak penentu kalah mati ... malam tu semua pelatih dah start tidur, aku pun mula la nak dibuai mimpi.. Part ni agak seram sikit sebab Jin ni bawa aku jumpa orang yang sudah mati, macam arwah nenek aku dan tok wan aku...nak describe macam mana pun aku tak tahu.. Second stage, aku nampak batu nisan tinggi macam pokok, keadaan time tu xjelas, samar-samar je.. time ni aku dah mula fight with that JIN.."Acah-acah macam cite power rangers".. zikir dan ayat kursi aku boleh bace dalam hati je sebab mulut , kaki, tangan aku macam diikat time tu... kalu sapa yang pernah kene tindih time tidur mesti dye tahu rasa kena ikat tu macam mana.. sebab tie ko kena ikat tu, ko memang tak boleh nak bergerak or bercakap sekali pun... ayat kursi aku baca pun tunggang terbalik dek kerana perasaan gentar dan takut tu ada dalam hati... pertempuran tu berterusan dengan kehadiran kucing hitam.. agak pelik sikit, sebab korang mesti pikir kucing tu biase je kan..comel...ni aku nak habaq dekat hangpa semua... kucing tu warna hitam mata dia warna merah jalan ala-ala cat-walk datang dekat hang...makin lama makin dekat ..time tu keadaan sekeliling korang gelap gelita....Pertolongan daripada Allah, mulut aku yang terkunci tadi dapat laung sekuat hati kalimah "ALLAHUAKBAR" .... TAHU TAK APA YANG JADI SELEPAS ITU... Kucing tadi bertukar jadi perempuan... keliling kucing tu keluar api tinggi waran oren kehijauan...sumpah real aku nampak depan mata aku, benda tu terbakar then menggilaiii... Lepas daripada kes malam tu, dah takde lagi gangguan macam tu da sampai la hari terakhir aku as a pelatih PLKN....
Nasihat aku kepada adik-adik dekat luar sana , tak kisah la korang nak buat or pergi mana sekali pun..
1) jangan tinggal solat, then ayat kursi tu kalau boleh hafal la sebagai pendinding kita juga nanti...
2) kalau pergi mana-mana, jangan terlalu berani dan jangan terlalu takut... Iblis ni dye suka sesatkan manuaia..apa yang ko fikir,itu yang akan jadi.. Lagi ko takut lagi la benda tu kacau korang
Contoh la: ko jalan dalam gelap, ko rasa seram sangat..ko bayangkan ad pochong depan ko..dek benda macam ni akan jadi real dik kalu ko fikir macam tu...maka muncul la benda tu depan korang...
p/s : apa yang aku cerita ni berdasarkan pengalaman aku sediri, sekadar perkongsian bersama...Selamat membaca :)
1 comment:
maaf sebab terbanyak typo..hahaa..almaklum nk taip laju2
kn..
Post a Comment