Saturday, April 23, 2016

Makan Murah di Restoran Hersha, Kapar, Selangor

Hari ni nak update pasal tempat makan best dekat area Klang, belah Bukit Kapar. Kalau daripada UITM Puncak Alam maybe jarak perjalanan dye dalam 15- 20 minit.. actually dekat je.. tapi disebabkan jalan dye yang tak berapa nak ok dan lori keluar masuk tu jadi lame sikit nak sampai. Nama restauran ni Restauran Hersha, terlerak di Bukit Kapar. Ok, dekat kedai ni dye tengah buat promotion dengan bayaran RM 8, korang boleh makan sebanyak yang mungkin dan dapat ikan bakar sorang seekor. Dekat kedai ni terdapat pelbagai jenis lauk- pauk, so that korang boleh pilih ap je yang korang nak makan. Aku dapat tahu pasal kedai ni pun sebab classmate aku, Si Wahi dye yang suggest kate ada kedai best dekat area Kapar. So, kteorang konvoi 2 kete pegi makan dekat kedai tu. Layanan dye bagi memang tip - top. Korang kene bayar dekat kaunter dulu, RM 8 then baru orang tu bagi pinggan dekat korang. Tak rugi punye la kalu korang try makan dekat situ, lagi - lagi kalu korang tengah kelapran macam zombie, hahaha. Ni aku nak payung sikit detail kedai tu .


DETAIL PROMOSI RESTAURAN HERSHA BUFFET LUNCH:

MASA : 11.00 PAGI - 3.00 PETANG
HARI : SELASA - AHAD
LOKASI : Jalan Iskandar, Batu 8, Bukit Kapar, Klang.
                   (sebelum Sek. Agama Kapar Barat)

* Untuk tempahan boleh call : SHA NORMAN ( 0172966305)




 Ni pula gambar kiteorang makan dekat kedai makan Hersha. 
Gambar ni pada hari kedua kiteorang makan dekat kedai ni ... sangat2 awesome ..
nyumyy


Kesian abg yg keje dekat kedai makan tu ..huhu.. kiteorg mnta tolong
dye snapkan gambar... Cer teka, which one kite :P..huhu

Nie pulak kali ke- 3 g makan dekat kedai ni.. habis satu kelas
pegi makan dekat sini..


So, memang tak rugi kalau korang sume datang dekat kedai ni. Fyi, kedai ni terletak betul- betul dekat tepi jalan... Ni gambar kedai makan Hersha. So, jemput la ye datang beramai- ramai, dah la murah dapat makan banyak pulak tu, memang tak rugi la duit korang RM 8 tu..





Thursday, April 21, 2016

Kambing Bakar _ Seksyen 13 Shah Alam

Kambing bakar, perhh.. memang sedap kalu makan, lagi-lagi time panas-panas memang marvelous.. ok, haritu tunang aku ada bawa aku pergi makan kambing dekat kedai member dye dekat area Seksyen 13 Shah Alam. First impression bile makan kambing tu memang sedap dan harga pun berpatutan so tak rugi kalau korang datang makan dekat gerai ini. Daging kambing dye memang banyak dan 1 set kambing bakar ni ada nasi dan sup. The best things is, kalau korang nak datang makan dekat gerai ini korang boleh call untuk order dan tempahan meja, so that, nanti korang sampai korang boleh duduk dan makanan korang terus sampai. Korang tak payah tunggu lame - lame untuk di'serve. Gerai kambing bakar ni terletak berhadapan dengan kedai makan Lapa Bona, dekat dengan Tesco Extra Shah Alam.  Ni akak payung gambar kedai dan contact number owner gerai tu.


Ok,gerai kambing bakar ini ada berhadapan dengan kedai Lapa Bona. Ni kira sebagai landmark bagi sesiapa yang cari gerai kambing bakar ni. Tak rugi kalau korang makan kambing bakar tu. 

Ni Owner gerai kambing bakar tu. Kalau  nak order or booking meja boleh direct call cik Syahidan ni.

Sebarang pertanyaan atau tempahan korang boleh call Cik Syahidan terus. 
Ni nombor fone owner dye : 0173836113.

p/s : kalau tak silap gerai ni bukak daripada pukul 6.30 or 7.30 petang  sehingga pukul 12.30 malam. Selamat mencuba. 

Boat Noodle_ Aeon Shah Alam

Selamat malam kawan-kawan..Selalu duk update pasal cite hantu je kn.. hari ni kite tukar cite... Ok hari ni kite nak share salah satu tempat best kalau nak lepak dekat area Shah Alam... Ok, untuk pengetahuan anda semua, Jusco / Aeon Shah Alam telah dibuka.. tapi dekat sini tak de la tempat nak tengok wayang.. kalu tak silap aku, Jusco ni lagi besar daripada Jusco yang lain.. mmg letih la kalu nak tawaf satu Jusco ni... hehe, ni nak diikutkan, kali ni dah masuk kali ke-4 aku dan kawan-kawan aku pergi Aeon Shah Alam ni but still tak habis tawaf lagi... food court at Aeon Shah Alam ni besar, so ada banyak gerai dan banyak pilihan makanan ..

Actually, motif utama aku dan classmate aku datang Aeon ni bukan ape, kteorang datang sebab nak makan dekan boat noodle Aeon Shah Alam, ni first time datang makan dekat sini... haritu datang penuh, mmg que panjang bak hang...penat tgu beratur dekat situ. Harga makan dekat tempat tu pun ok, standard price.Ada satu set makan tu kire berpatutan Rm 1.90 satu mangkuk. Walaupun sikit, tapi kire ok gak la sebab sedap dan setimpal dengan harge dye, so that korang leh makan sebanyak mana yang korang nak. Nah, aku payung gambar sikit dengan price list dye..

Ni menu yang ada dekat boat noodle Aeon Shah Alam


Ni kira menu baru yang ada dekat kedai ni.. haritu nak try makan Sangkaya Steamed Bread, tapi dah habis T_T, nampak macam sedap.. Ada masa korang boleh la try makan dekat sini.



Ni classmate kite, dye tak sihat.. so kite bawa la si Mira ni makan dekat sini..Get well soon Mira,

Ok, yang ni name dye Grill Beaf Meat Ball, RM 5.90*

Haha, ni hasil tangkapan.. ni kire first round punya mangkuk... Let's try this noodle.

Ni kawan aku, kteorang plan nak makan sini lame dah, cume tak de rezeki hari tu nak makan dekat sini. So, alang-alang dah sampai dekat Aeon ni, why not kite cube makan boat noodle ni.


Haha, ni bru 1/2 daripada mangkuk boat noodle yang kteorang makan. Memang puas la korang makan dekat sini.. Selamat mencuba.

Harga Air mineral Rm 2.50, so gambar noodle yang kat atas tu semangkuk RM 1.90. Terdapat 2 pilihan which is Ayam or Daging dye pnye meat ball. Aku lebih suka daging,memang sedap..nyummy.

Ni Dinee, ok, hari ni kteorang bawa dye pulak makan boat noodle ni.. huhuhu..memang tangkap chintan la makan dekat sini.


Maps kalau nak pergi ke Aeon Shah Alam. Jangan cakap akak tak payung tau  :P


P/S : nak info lebih lanjut mengenai senarai kedai dan promosi korang boleh layari website nihttp://www.aeonretail.com.my/aeonsa/

Saturday, April 16, 2016

Ghost Storyy_ Pengalaman 3 bulan di PLKN

PLKN....erm, bila pikir pasal tempat ni otak duk pikir, macam mane la nak tidur malam2... sebab time tu umur baru 18 tahun dan xpernah tinggal di Asrama.. ok, time ni ada sikit rase takut dan macam-macam benda aq pikir... tp Alhamdulillah since sampai je PLKN ni aq dapat ramai kawan. Kenangan pahit, manis ++ dan tawar sume ad, dan dekat PLKN ni dibahagikan kepada 4 company which is Alpha, Bravo, Delta dan Charlie. Aq beruntung dapat company Charlie sbb aq dapat rasakan team work dalam company ni sgt2 kuat.. cia chia chiaa... hahaha.. Ok, setiap PLkN ni maybe aktiviti dye same je, berkumpul di padang kawad di waktu pagi, senaman pagi, pergi ke Kelas, makan, balik kelas kene pegi buat aktiviti riadah dan di sebelah malam kene ada "ro-call".. so far makanan at sini sume ok and kat sini pun ada kiosk untuk beli maggie, roti, top-up dan sebagainye...FYI, aq dapat PLKN dekat Sungkai Perak. So far, sebenarnya PLKN ni tidak la seteruk mana yang di gembar-gemburkan oleh sesetengah pihak. Bila menyertai PLKN ni secara tdak langsung ajaq diri kita supaya menjadi lebih berani, bertanggungjawab, pandai manage masa, team work, cara nak kawal tekanan, dan macam mana nak respect each other bila duk sekali dalam kalangan berbilang kaum.


Since daripada malam pertama aku duk situ, memang tak boleh tidur..so terpaksa minta tumpang katil member-member lain.. bukan apa, bila duk dekat tempat orang ni, jangan berani sangat dan tak boleh takot sangat... untuk first week ni aku tidur dengan kawan aku... masuk minggu ke-2 dan ke-3 aku dah mula dengar cerita hantu daripada budak dorm lain-lain. ok xpe, aq da mula start berjaga-jaga takut-takut aku pulak yang tersempak dengan jembalang tu..huhuhu.. cukup sebulan aku dekat sane, dah mula dah gangguan tu.. dye da mula tunjukkan diri...disebabkan aq ni ad 3 deria "nampak , lihat dan rasa benda tu" so tiap malam aku nampak benda tu at locker aku.. daripada rambut panjang dye dan lain-lain.. ni pengalaman aq sendiri...ok, waktu tu giliran aku jadi pengawal malam so nak xnk kne la ek jadi pengawal malam tu... cite ni bermula time aku masuk dorm company BRAVO.. Mmg bravo betul la kan kalu aq tengah jalan nampak benda tu duduk dekat atas katil... steadyy je beb .. benda tu .. dekat dorm Delta pun nampak benda yang same.. tp kes ini xseram lagi...ni baru permulaan.

Masalah "gangguan"  ini terjadi time malam waktu tu semua orang dah ambik port masing-masing nak tidur.. Malam kali ni aq rasa lain macam sikit.. meremang tu tak payah cakap la...then time aq duk pusing kanan pusing kiri..jenjengjennggg.... Aku nampak rambut beb, panjang tak payah cakap la , betul-betul dekat locker aku... tp tak ape.. konon acah-acah jiwa kental punya pasal, pejam mata buat tak tahu.. Pukul 12 MALAM TEPAT, GANGGUAN ni makin dasyat... GUEST WHATTT.. Benda tu tidur sebelah aku dah.. T_T .. sekatil dengan aku, muka bertemu muka, mata bertemu mata...sumpah tak lawaa... TERKEJUT PUNYA PASAL, aku tolak benda tu dengan tapak tangan kiri aku.. memang rase mengerutu at teksture muka benda tu.... then aku terus bangun dan berlari dalam bilik tu, bilik aq tu jadi panjang semacam... last sekali aq cam katil kawan aq ni si Athirah, aku kejut dye nasib baik dye pun sedar.. last skli malam tu aku tak tidur pun malam tu... mengantuk tu xterkata la.. kepala pun berat je.. then pagi tu aku call abah aku, cite ap yang jadi... pak lang aku suruh amalan bacaan pendinding dan ayat kursi.... Ok benda ni stop ganggu aku dalam a few weeks.

Dua minggu sebelum habis tempoh menjadi pelatih di PLKN, benda ni buat final attack dekat aku... ni kire malam kemuncak penentu kalah mati ... malam tu semua pelatih dah start tidur, aku pun mula la nak dibuai mimpi.. Part ni agak seram sikit sebab Jin ni bawa aku jumpa orang yang sudah mati, macam arwah nenek aku dan tok wan aku...nak describe macam mana pun aku tak tahu.. Second stage, aku nampak batu nisan tinggi macam pokok, keadaan time tu xjelas, samar-samar je.. time ni aku dah mula fight with that JIN.."Acah-acah macam cite power rangers".. zikir dan ayat kursi aku boleh bace dalam hati je sebab mulut , kaki, tangan  aku macam diikat time tu... kalu sapa yang pernah kene tindih time tidur mesti dye tahu rasa kena ikat tu macam mana.. sebab tie ko kena ikat tu, ko memang tak boleh nak bergerak or bercakap sekali pun... ayat kursi aku baca pun tunggang terbalik dek kerana perasaan gentar dan takut tu ada dalam hati... pertempuran tu  berterusan dengan kehadiran kucing hitam.. agak pelik sikit, sebab korang mesti pikir kucing tu biase je kan..comel...ni aku nak habaq dekat hangpa semua... kucing tu warna hitam mata dia warna merah jalan ala-ala cat-walk datang dekat hang...makin lama makin dekat ..time tu keadaan sekeliling korang gelap gelita....Pertolongan daripada Allah, mulut aku yang terkunci tadi dapat laung sekuat hati kalimah "ALLAHUAKBAR" .... TAHU TAK APA YANG JADI SELEPAS ITU... Kucing tadi bertukar jadi perempuan... keliling kucing tu keluar api tinggi waran oren kehijauan...sumpah real aku nampak depan mata aku, benda tu terbakar then menggilaiii... Lepas daripada kes malam tu, dah takde lagi gangguan macam tu da sampai la hari terakhir aku as a pelatih PLKN....

Nasihat aku kepada adik-adik dekat luar sana , tak kisah la korang nak buat or pergi mana sekali pun.. 

1) jangan tinggal solat, then ayat kursi tu kalau boleh hafal la sebagai pendinding kita juga nanti... 
2) kalau pergi mana-mana, jangan terlalu berani dan jangan terlalu takut... Iblis ni dye suka sesatkan manuaia..apa yang ko fikir,itu yang akan jadi.. Lagi ko takut lagi la benda tu kacau korang

    Contoh la: ko jalan dalam gelap, ko rasa seram sangat..ko bayangkan ad pochong depan ko..dek benda macam ni akan jadi real dik kalu ko fikir macam tu...maka muncul la benda tu depan korang...

 
p/s : apa yang aku cerita ni berdasarkan pengalaman aku sediri, sekadar perkongsian bersama...Selamat membaca :)


Wednesday, April 13, 2016

Pengalaman Tinggal di Asrama _ Shah Alam (PART 2)

Selamat malam semua... entrie kali ni kite sambung cerita hari tu k... ok, lepas habis semester 1, masuk laa semester baru as a student part 2, masing- masing ada yang teruskan belajar dan ada yang berhenti belajar disebabkan masalah tertentu.. Ada yang bernasib baik dapatlah kolej..yang tak bernasib baik macam teman ni, idokler dapat kolej..kene duk at rumah sewa di Seksyen 7... hampir 2 years gak la duk rumah sewa tu... dapat pengalaman baru kenal dengan student2 daripada jurusan or bidang yang berbeza.. Actually, much better sebenarnya kalu kite duk luar and tak skli ngan member kite, bukan ape.. daripada duk sorang-sorang ni la hang dapat belajar cara nak survive, berdikari dan manage masa sendiri... tak perlu ada orang kne ingat kan hang nk kne p kelas or buat pape... secara tidak langsung, bila duk jauh, kita akan pikir "oh, aku duk jauh ni, kena p kelas awal sat g lambat sampai kena marah or malu masuk kelas..." so bila ada mind set macam ni hangpa akan sampai kelas dengan awal... Pengalaman duk luar ni mmg banyak , sampai ada satu tahap tu kena panjat pagar da macam rekrut askar je dengan pakai baju kurung lagi...ya ampunnn.. bila ingat balik malu bak ang..da la umah sewa tu dekat ngan fact engine so ramai la orang lalu lalang at situ...

Bila duk luar ni macam- macam benda akan jadi, sebagai contoh..aku sendiri la... aku ni special sikit "hijab aku ni terbuka tp tak la selalu"  so aku mmg takut  kalu duk sorang-sorang lagi-lagi klu time magrib ke atas.. aku rela lepak duk at taman sorang- sorang daripada duk dalam rumah tu.. agak terbalik sikit daripada mind set orang lain.. bila aku duk sorang macam-macam aku dengar and nampak ..ni bukan mainan perasaan tau,ni betul-betul".. at rumah sewa aku tu boleh tahan gak la dye punye tahap keras tu kalah batu "konkrit"..bile otak terlalu penat wat keje then terlelap..bile ko bukak mate..GUEST WHATTTTT,,,, benda tu main laptop ko, ko bayang kan......siap cakap "buat keje ye kakkk".. mmg kalu aq ad heart attack time tu da collapsed da kot...tp aq buat2 tidur... Since daripada malam tu, aq insaf nk on laptop sepanjang malam...huhuhuuhuhu... disebabkan "kelebihan" yang aq ada ni macam-macam aq dengar bunyi sane sini.. katil goyang padahal tak de orang.. ni sumpah cuak.. pernah skli tu aq duk cite pasal kes attantuya, ada orang buat patung hantu dye pakai telekung.. ok time duk cite pumpang-pumpang...jengjengjeng... bunyi orang masak at dapur pukul 2.45 minit pagi.. ok aku ulang, 2.45 minit pagi, on that time sume orang tidur beb...klu dengar jiran sebelah masak tu kire ok gak la kan..ni at dapur umh ko sendiri...siap bersembang pulak benda tu ... T_T .... ko imaging la, ko duk wat asssignment tetibe ku bunyi cam gituu, mau ketaq lutut...tak de angin xde ribut, pintu yang tebukak dihempas nye kuat2... bedebaboooom... benda ni berlaku smpi 20 minit kau tau.... 20 minit... ayat kursi aq bace pun habis tunggang-langgang.. jiwa tak kental broo...aq lari masuk bilik..tak habis dye kacau at ruang tamu... at bilik pun dye join gak..duk belakang member guaaa.. mmg tinggi betul benda tu.. huhuhu... so nak tak nak daripada aq spoilkan mood member ku yang tengah kusyuk membuat design ... aku pun cakap.."beb, aku nak tidur dlu la mate aq da ngantuk sangat dah ni ... :) "... maafkan aq kawan xcakap ada benda belakang ko... aq terpakse..

p/s: So kes malam tu aq dapat pengajaran baru ...  jangan duk cite pasal benda dah tak ada and tak tenteram... lagi satu incase jadi benda cam tu pliss jangan duk lari nk terjun banggunan ke ap ke..duk diam2 then istghfar sebanyak mungkin..ingat dye tu pun mahkluk Allah..Nie cite ni aq cite secara random la pengalaman aq duk at kondo tu... tempat tu ok, cume kena pandai jaga diri je ... Asslamualaikum...


                                                                                                                      ...TO BE CONTINUE.......




Tuesday, April 5, 2016

Pengalaman tinggal di Asrama_Shah Alam PART 1

Selamat malam kepada semua para pembace" bajet femes sat"... ok, sepanjang study dekat Shah Alam ni (around 4 years and 1/2), pengalaman tu memang banyak la kn..before sambung study dlu pun selalu gak buat research pasal rumah2 hantu, kisah seram di Uitm dan sebagainya termasuklah rumah hantu "Seksyen 2".. ok disebabkan mate kite ni terlebih advance, so macam-macam kite nk story ...

KISAH 1 : KOLEJ _iPTA

Cerita ni start time masuk intake ke 2/2011, diploma ... nk dijadikan cerita aq dapat bilik yang berada nun dihujung sekali.. first time aq daftar, aq ase lain macam da sikit billik ni tp its ok permulaan kn..satu bilik ada 6 orang dan dyorg sume ni satu kelas ngan aq..nak dipendekkan cerita sepanjang tempoh 1 sem dekat kolej tu, macam2 jadi..mybe sbb kteorg stress sangat kot bab kata orang muda-muda "jiwa tak berapa nak kental" huhu.. ok, waktu dapat assignment buat sculpture macam buat anjing laut, ketam dan sebagainye...malam tu member kteorg da start kne kacau, dye nampak benda cangkung dekat meja study aq... nie start ketar tahap parkinson.. then next day, time nk bangun solat subuh, nampak nenek tua duk terpacak at suiz lampu,.. waktu ni kalu kne at korang kompem la korang tidur blik kan tahan ketar dan tahan buang air..memang aq duk sambung baring je sbb kaki da xrasa langsung da sebab ketaq sangat...

Next 2 week, member bilik aq pulak kene histeria.. ni kes dye , dye nampak benda tu follow aq...Aq da start pelik, aq ni comel sgt ke sampai bnd tu nk follow ... hahaha..(bagi hilang rasa suspen jap).. ok time ni mmg Allah jela yang tahu tahap kekalutan kteorang time tu.. ni first time tengok histeria depan mata.. And waktu hujung semester one day before exam pun dye kne histeria lagi.. Orang cakap, maybe sebab badan dye lemah.. dalam kolej tu terbahagi kepada 3, kolej 1,2,dan 3... masing-masing mempunyai mitos tersendiri.. Ada yang cakap kolej satu tu dlu ad orang bunuh diri .. Wallahualam... tp bagi pihak saya sendiri , kolej satu tu mmg da cukup seram sbb kalau malam-malam dengar bunyi orang tarik kerusi, baling guli / benda jatuh dan orang sembang tiap-tipa malam... Ada satu malam tu, member aq ni kire berani tahap gaban la p on call at tingkat atas tu.. masuk tandas.. guest what??? dengar orang mandiiiiii.. yang paling tak leh blahhh... dye p round tengok satu level tu xde orang langsung.... mmg kalu aq pun aq pecut lagi 1oo meter bak hang...xcukup tanah nak larii... kalah orang lari pecut.. benda yang sama tetap berlarutan sampai la hujung semester 1 di kolej tersebut.. sebelum terlupa, dlu kat kolej tu ada satu pokok, dan at pokok tu xsilap aq tempat "port" benda tu duduk.. lepas pokok tu kne tebang makin merayau la benda tu.. Kes histeria at kolej tu still dapat dibendung lagi dengan bantuan ustaz-ustaz yang ada....


p/s : Sedikit pesanan buat para sahabat... kalau boleh, kite ni kne jaga juga kebersihan diri sebab "benda-benda" suka dekat tempat yang kotor dan badan yang lemah.. Kalau boleh juga, incase nampak pape, jiwa kena mesti kental, jangan menjerit or menangis...istighfar dan ingat semua benda tu ciptaan Allah.. Hadirnya mereka hanya untuk menyesatkan kita.. Hafal la ayat kerusi dan doa pendinding untuk lindung diri kita daripada gangguan "benda tu".. Semoga kita sentiasa dilindungi Allah S.W.T, InsyaAllah..... 

*stop writting malam ni sebab dah dengar dan bau macam-macam dah ni ..."jiwa tak kental malam ni"  
                                                       
........... To Be Continue..........
                               

Monday, April 4, 2016

True Story _ 4 Backpackers _ Port Dickson

 Assalamualaikum, salam Magrib.. Entrie kali ni sy nk cerita pengalaman 4 orang sahabat yang merupakan pelajar tahun akhir di sebuah IPTA. Sekarang ni masing-masing nk try buat aktiviti travel mcm "backpacker".. kisah ni berlaku pada hujung bulan March tahun ni... Masing-masing mempunyai pendirian dan "mindset" tersendiri.. yang special pasal travel ni, sorang ni pernah kene histeria dan sorang lagi ni macam hijab dye terbukak sikit (amacam suspen x).. sorang lagi jenis xpercaye bab alam mistik ni.. nak dijadikan cerita, malam tu semua orang rase sendiri... Alkisah......

Lepas makan dyorang sume decide nak pergi tempat kononya nak hilangkan stress.. haha.. boleh dikatakan dari awal perjalanan dyorang nak pergi ke Port Dickson lagi dah mula kene kacau dari segi waze dan jalan yang dyorang gune untuk sampai ke Port Dickson... yang member sorang ni dye da start pelik since lalu kat jalan berliku-liku tu ..err xsure name jalan tu ap.. dye da start gelak semacam padahal xkelakar langsung, and the best part is dyorang start nak gado and rase annoy at each other...

Perjalanan dyorng ke Port Dickson dari Subang lebih kurang 2 jam lebih (hampir 3 jam gak sebab sesat banyak  kali).. then bile sampai je Port Dickson destinasi yang  nk dituju jadi lain daripada nak ke pantai teluk kemang trus jadi rumah api ... haaa waktu ni la sume bnd nak jadi.. Waze teknologi baru yang jadi tukang tunjuk jalan pun kne kacau beb, ni kn pulak orang .. hahaahah.. ok da xseronok da sebab dye bawak dyorg btl2 at tanjung Tuah, ap yang pelik dekat sini ad sorang pak cik yg dyorang jumpa tu pesan and bg tau tempat tu agak "KERAS" .. t_t .... Ya Tuhan Tolong la, da start seram dah time tu.. kawan yg sorang ni pelik tau sbb "mindset dye macam kne kawal" lebih kurang mcm kne pukau la gak... nak gak masuk tempat tu padahal yg minah leh hijab terbukak tu da nampak macam2 da...ajak blik pn dye xnk... nasib baik keadaan time tu leh kawal lgi.. start enjin kete dan trus blah.. Guest what??? bnd tu panggil name one of my friend , time tu sumpah gua ase mcm WTFFsshh...gua ase nk balikkkkkkk... xhbis lagi cite at situ..dyorg jumpa hotel yang salah satu pntu bilik tu siap kne palang beb... bg 10 Juta pn aq xrela p sne.... then dyorg decide nk p Muzium tentera...jengjengjeng.. Waze buat hal kali ke-2 which is dye bawa dyorg lalu at tempat yang same then jalan yang salah beb,,, time nk balik  bru perasan Muzium tu sebenarnye dekat jalan lainnn...Ohh tidakkkkk... masing2 da start mengeletar sebab jumpe kete putih yang penumpang dye =_= menyeramkan beb.. hilang dan ghaib atas jalan tu.. yg mata pak nujum ni da nampak ad bnd tgu dyorg masuk jalan tu da...agak2 klu masuk jalan tu mmg teruss hilang laa dyorg..member sorg ni awal2 da nmpk signboard jalan tu tulis " Tanah Perkuburan" .. since at this time dye da cuak da... ok da blahh dri tmpt tu kteorg singgha at kedai makan bg nk hilangkan rase takot n cuak.. bile tny orang at area situ dyorang sume pelik sbb kteorg smp at tempat macam tu.. org area situ ckp klu blh elak p jalan beah sane mlm2 lagi2 sume perempuan..Disebabkan "gangguan" yang dialami, dyorg decide nak blik terus ke Kolej.. sebab badan masing-masing da start lemah... 

So dyorg plan, ada rezeki nk dtg tmpat tu blik, bukan sebab sukakn "gangguan" tu tapi sebab xpuas hati pasal tempat yang dyorg p mlm tu... agak2 hotel yg kteorg lalu tu btl2 wujud x? kereta yang lalu tu betul2 wujud ke x sbb daripada pandangan mata dyorg lain-lain, ada yang nampak permpuan free hair ngan baby and ad yang nampak perempuan ngan kain putih..errr.. tawakal jela..



p/s: kalu nk p jalan jauh-jauh ni nk pesan.. bawak la cd surah yaasin and ayat kerusi skli..incase jadi mcm ni blh pasang dalam kereta.. klu nmpk bnd and bau yg pelik better diam kan je dan jangan tegur...